text goyang

K.A.M.I vs. Bukit Wang

Assalamualaikum :) 
Hah!! Terkejut tak tengok aku yang semakin mengembang?? huhuhu. Kenyataan yang sangat sukar untuk diterima!! :'(
Okaylah, malas nak beremosi sangat sebenarnya. Hari nie aku ingat nak kongsi sikit pasal field trip kiteorang kat Bukit Wang. hehehe. Curious tak? Apa?! Tak? Ala, tak sporting betul. hahaha. Kidding je okay. Hurm, macam nie ceritanya............................................................
Pada suatu hari yang cerah, aku dan kawan-kawan berhasrat untuk mengembara ke dalam sebuah hutan. Ceittt! Apa yang aku merepek nie? Ish. hahaha. :D
Sebenarnya, pada 25/8/2013 kite orang kena pergi field trip kat Bukit Wang. Kite orang pergi sana sebab nak bermandi manda. hahahaha. No, no, bukan. Kite orang nak kena observe succession kat tempat tu. Bape banyak pokok, pokok ape yang ada, bape humidity, bape temperature, macam macam lah. Then, kite orang kena cari herba. Nak buat apa? Kena buat herbarium untuk subjek biologi. Al maklumlah, budak budak sains (tangan di bahu, mata ke atas). Ohh, one more thing, kawan aku ada yang kena gigit dengan pacat (pacat gigit ke?). Ohh TIDAK!!!! Kalau aku yang kena, confirm bergegar hutan tu ngan suara jeritan aku. hahahaha. Tak pun haiwan empat kaki yang akan dipersalahkan. Sambil sambil 'bergembira' dalam hutan tu, kite orang pun ambil kesempatan untuk......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... Hah!! Pikir bukan bukan lah tu. hehehe. kite orang amibil kesempatan untuk bergambar. kihkihkih. So, enjoy lah ye. My friends and me. :)














With so much love and care, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)
p/s : Awak, saya sayang awak. Am I shameless? :'(

Embarrassed =.="

Assalamualaikum :)
Hai, Hai, Hai. Apa khabar semuanya? Sihat? Kalau sihat baguslah. :)
Hurmm, nak tau something tak? Aku MALU!! Yup, aku M.A.L.U!! Kalau boleh menyorok dalam kotak dah lama aku menyorok. Malu sepuluh keturunan tau. huhuhu. =.="
Aku tak tau nape la aku boleh jadi macam nie. ME LIKE YOU. What the hell?? Aku dah mula sawan buih. Help!!! -__-" 
Nonsense betul. Ntah pape je. Eh, apa yang aku mengarut nie? Sebenarnya aku tak tau nak merepek apa hari nie. Yang aku tau, AKU MALU! Tu je. huhuhu. Sakit hati kan baca entri aku kali nie. Maklumlah jiwa tak tenteram. Mulalah nak melalut tak tentu pasal. Sorry. :(
Okaylah, done for today. Good night, sleep tight and sweet dream.
Yang melalut tak tentu pasal,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim -___-" 


Pengertian Raya? (",)

Assalamualaikum :)
Hurm, apa cer dengan raya korang? Ada best? Awesome tak? Ke biasa-biasa je? Banyak dapat duit raya? hehehe. Gatal pulak tangan nak buat entri nie. Okaylah, aku nak tanya je, apa erti raya bagi korang? Adakah sebab nak main mercun je? Sebab nak dapat duit raya je? Sebab nak seronok-seronok? Apa? Apa? Aku nak tau jugak. huhuhu. 
In my opinion, raya sebenarnya bukan sebab untuk kita main mercun, kumpul duit raya, seronok-seronok je. Tapi, raya jugak dapat merapatkan hubungan silaturrahim. Am I right? Masa raya nie lah kita nak jumpa sudara mara yang dekat, yang jauh, jiran tetangga, adik-beradik. Minta ampun, minta maaf. Ambil tahu tentang kebajikan orang lain (but, bukan sampai sibuk nak jaga tepi kain orang lain. just ambil tahu. tak salahkan?). Sebab selalunya time raya nie lah kita nak spend time dengan orang lain. Kadang-kadang kita nie alpa dengan kehidupan kita. Tak pernah nak peduli pun tentang orang lain. Sihat ke minah, sihat ke Abu? Tak pernah pun kita nak ambil tahu. Yang kita tau hidup kita je yang perlu diutamakan. Orang lain tak penting. Hakikatnya, kita tak boleh nak hidup dalam dunia kita je. Kebajikan dan perasaan orang lain pun kita kena ambil peduli jugak. Bukan hanya tau nak jaga kebajikan dan perasaan sendiri sampaikan kita lupa tentang orang disekeliling kita. Who knows, satu hari nanti tiba-tiba kita kesusahan. Dengan siapa lagi kita nak minta tolong kalau bukan jiran tetangga, saudara mara, adik-beradik? Ya, memang kita wajib minta tolong Allah. Itu tidak dinafikan lagi. Tapi, kita juga wajib jaga hubungan sesama manusia. Aku cakap macam nie pun sebab nak ingatkan diri aku yang selalu lupa nie. Normallah kita nie, manusia selalu lupa, alpa dan leka. Itu memang fitrah kejadian manusia. Selalu lupa. So, lepas nie, tak semestinya raya je kita kena ambil tahu tentang orang lain. Tapi setiap masa jika kita ada kelapangan. 
Hurm, dah panjang lebar aku melalut nie. Nanti ada kelapangan aku update lagi. Jaga hubungan dengan Allah, jaga juga hubungan dengan manusia. Tak luak pun tenaga dan masa kita kalau setakat nak bertanya khabar, senyum dengan jiran dan minta maaf dengan segala khilaf kita kat orang lain. Apa-apa pun, aku minta maaf kalau ada tersinggung perasaan, terpukul hati, terobek jiwa raga. I'm so sorry. By the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin (tak lambat lagikan?hehe) 


With so much love and care,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim -hugs-