text goyang

On my way to go INSANE!!!!

Assalamualaikum. Hai hai hai. :D
Hah! Duduk buat apa tu? Tengah korek hidung ye? Hihihihi. Gurau, gurau. Senyum sikit. Sikit je. A'ah senyum macam tu. Kan comel tu. :D Senyumkan sedekah. (^_^)
Okay, hari aku nak merepek apa? Tertanya-tanya tak? hehehe. Sebenarnya, pagi tadi aku baru habis jawab kertas exam kimia. Guess what?! Wa nak naik gila beb!! Wa tak tau wa jawab apa. Wa siap hentam, goreng, rebus soalan-soalan tu. Ehhhh? Apasal aku guna "wa"? Aku dah mula perasan gangster lah tu. Abaikan. Hah!! Cakap pasal exam tadi, bila aku dengan member-member keluar dari bilik exam tu semua muka pasrah je. hahaha. Tu baru satu paper. Ada lagi dua. Habis tiga-tiga kertas aku boleh hilang akal kalau macam nie gayanya. So, kalau aku nak tempah bilik dekat hospital sakit mental boleh tak agak-agaknya? hahaha. 
Okay, beralih pulak ke topik yg seterusnya. Apa topik aku? Hah!! Nie nak bagitau nie. Semalam, dalam pukul 11 malam ada suspicious login detected kat google account aku. IP address dari Belgium okay! Belgium!! Siapa pulak lah nak login google account aku yg dah bersawang tu? Pelik bin ajaib betul. Apa yg dia boleh buat dengan login google account aku tu? Dapat duit kah? Or hanya satisfactory je? Hurmm, I'm wondering.....................Oppssss!! Terlebih berangan pulak. hahaha. :D
Okaylah, sampai sini dulu kot. Nanti ada masa terluang aku coret-coret lagi. Adios!! (^_^)Y

Budak tak cukup seringgit, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)

Strangers -------> Roommates ---------> Friends Forever. In sha Allah :)

Assalamualaikum :)
Hai, hai, hai. Apa khabar semua? Sihat? How's life? hahaha. Bosan tak aku asyik ulang benda yg sama tiap kali aku buat entri baru? Sorry lah, benda tu je yg sempat aku fikir. hahaha :D
First thing first, aku kat sini nak coret-coret sikit tentang strangers ----> roommates ---> friends forever. Hah! Apa maksud aku sebenarnya nie? Pening ye? Sorry, ayat orang dah lama tak ulang kaji tatabahasa. hahaha. Sebenarnya, topik aku hari nie ada kena mengena dengan kawan-kawan aku or dalam erti kata lain roommates kesayangan aku. Ish, apa yg aku putar belit nie? Huh!! 
Tadi petang roommates and me lepak-lepak, gosip-gosip and MAKAN-MAKAN!! Kita orang makan chicken chop!! hahaha. Maklumlah lama tak jumpa mulalah naik gila. 
Nak dijadikan cerita, aku mula-mula kenal dorang masa aku sem 2. Mula-mula masing-masing awkward je sebab first time jumpa. Tiba-tiba dapat bilik sama. So, bila dapat bilik sama tapi orang yg berbeza mulalah nak meraung, melalak sebab tak reti nak sesuaikan diri dengan surrounding + orang baru. Aku nie dah lah kuat melalak, apa ke lagi? Melalak lah aku di situ. kuang3. :D
Bila dah lama-lama kenal baru tau masing-masing otak tak center. hahaha. Aku dengan kuat gelaknya, Afie dengan korea series lah, Amalia dengan anime + ukur sana ukur sini (geomatiklah katakan) and Shiera pulak dengan kelakuan budak-budaknya. Ayat yg selalu Shiera guna, "Seronok beronok ronok." hahaha. :D
Kalau nak story kat sini pasal dorang sorang-sorang memang boleh jadi berbuku-buku. Apa-apa pun aku nak story jugak sikit-sikit pasal dorang.
Mula-mula Afifah Amalina Rosly. Kita orang panggil dia Afie. Afie nie sorang yg manja, kuat nangis macam aku (hehehe. sorry Afie). So, aku dengan Afie nie nie macam satu kepala jugaklah. Aku dengan Afie selalulah luah perasaan sama sendiri. Aku luah pasal Mr. ******, dia luah pasal Mr. ****. Bila aku dengan Afie bergabung tenaga gelak golek-golek, memang bergegar bilik lah jawabnya. Afie nie jugak suka gila tahap gaban dengan korea variety shows. Runningman lah, family outing lah, ntah apa-apa lagi pun aku tak tau nak sebut. hahaha. :D Tu baru sikit aku story pasal Afie. Kalau aku sambung story pasal Afie alamatnya aku tak tidur lah malam nie. hahaha. 
Now, beralih pulak kat Amalia Batrisyia Azman. Betul tak nama ko Amalia? Aku tersilap eja nama ko tak? Kalau silap I'm so sorry. Okay, Amalia nie orang nye straight to the point. Kalau dia tak suka, dia cakap terus dia tak suka. No lapik-lapik. But then, dia nie baik. hehehe. Amalia ko jangan nak kembang ea. Aku puji ko sebab aku nak ko sayang aku lebih. hahaha. :D Amalia nie sorang yg tekun. Ehh? hahaha. Aku dengan Amalia kalau sembang pasal anime boleh lah. Hunter x Hunter lah, Fairy tail lah, Bleach lah macam-macam lagi. Amalia jugak pernah lah bagi semangat kat aku bila aku macam nak give up. Bagus kan? 
Hah!! Lagi sorang nie Siti Nur Shahirah Mohamed. Shiera nie duduk sebilik dengan kita orang setahun setengah. Shiera nie happy go lucky. Tapi dia kalau study memang dahsyat lah. Ada sekali tu dia study subjek mandarin. Aku, Afie dengan Amalia asyik mengusik dia je. Kita orang cakap dia baca mantera. hahaha. :D Shiera nie pun manja. Dia dengan Amalia bukan boleh dekat. Kalau dekat mulalah nak bercakar. Ehhh?? Gurau-gurau. Sebenarnya, Shiera suka menyakat Amalia. So, Amalia apa ke lagi? Menyakat balik lah. Kalau setakat gaduh-gaduh manja tu biasa lah kan. Aku dengan Afie gelak je lah. 
Lastly, Nadia. Sorry Nadia, Atin tak tau nama penuh Nadia. Nadia nie classmate Afie. Tapi aku, Amalia dengan Shiera dah anggap dia macam roommate kita orang jugak. Dia nie selalu update lagu-lagu English. So, tiap kali ada lagu baru dia mesti bagi tau aku. Maklumlah aku memang minat lagu-lagu English nie. Kalau penyanyi-penyanyi lagu Enlgish nie banyak yg dia promote kat aku. Contohnya, JLS, MKTO, IM5 macam-macam lagilah. hahaha. :D
Bila aku story pasal dorang nie mulalah aku rasa macam nak melalak. Lepas nie mungkin kita orang susah nak gather sama-sama dah. Masing-masing mesti bawa haluan masing-masing. Alamak!! Air mata dah mencura-curah ke ladang gandum. Ehhh? :')
Nie aku nak share sikit bittersweet memori kita orang bersama. Setiap gambar ada ceritanya. Di sebalik senyuman ada maksudnya. Di sebalik tangisan ada lukanya. Di sebalik keayuaan ada kekasarannya. Ehh?? Apa aku merepek nie. heeeeeeeeeeee~ So, do enjoy!!!! 



















P/s : Harap hubungan kita semua kekal sampai bila-bila. Atin sayang korang semua!!! Muaaaahhhhhhh!!!!

Budak kuat nangis, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :')

Wedding?

Assalamualaikum :)
Apa khabar semuanya? Sihat? hehehe :D
Topik kita hari nie ialah......................................................W.E.D.D.I.N.G. Yup, wedding. Kenapa aku nak cerita pasal wedding? Hah!! Dengar sini wahai rakyat-rakyat beta sekalian..! Ehhhhh?! Dengar? Silap. hahaha. Wahai rakyat-rakyat beta, bacalah apa yg beta nak coretkan nie. Cewaaaaaaaahh!! Poyo je. (^_^)Y
Sebenarnya, aku nak cerita pasal wedding sebab hari nie aku pergi kenduri kahwin kat merata-rata tempat. Ada yg buat kat dewan, ada yg buat kat rumah. Aku sampai tak larat nak melantak. hahaha. :D
Nak dijadikan cerita, masa kat weeding tu ada jumpa kawan-kawan mak aku, cikgu-cikgu aku and kawan-kawan lama aku. Hurm, guess what? Dorang tanya aku bila pulak? Ada yg cakap tak lama lagi aku pulak yg nak pelamin. Ada yg siap nak tolong carikan calon untuk aku. Mak aku apa ke lagi? Bagai pucuk dicita ulam mendatang, laju je setuju (ehh? betul ke peribahasa yg aku guna tu? tibai je la ye. hehehe.) Siap boleh minta tolong carikan calon untuk aku. Tak boleh blah. hahaha. Mak, mak. Tak sabar ye nak tengok anak mak nie kahwin ye? Sabar okay mak. hahaha. :D 
Tak kurang jugak ada yg cakap, "Nasib lah anak bujang pakcik baru tingkatan 4, kalau tak bolehlah abah kamu dengan pakcik berbesan." What the hell??!! Aku nampak tua sangat ke? Sobs :'( I'm 21 years old okay. Tak lah tua sangat. Lain lah kalau aku dah 30 tahun and tak kahwin lagi. Memang patut pun suruh aku kahwin cepat-cepat. huhuhu. (-_-)
Okaylah, tak tau nak merepek apa dah. Nie ada gambar wedding senior aku. hehehe. Moga abg Fariz dengan kak Puteri bahagia. I'm happy for both of you. :)






Budak sasau,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)

No caption~

Assalamualaikum and Hai!!
Apa khabar? Sihat? How's life? Good? Lama sangat rasanya tak update blog nie. Dah berkulat dah. hahaha. :D
Sebenarnya aku takde idea nak buat entri apa. Dah ada dua draf tapi aku tak tau nak sambung apa kat entri-entri tu. Aku ada kat rumah nie. Study week. So, seminggu duk melepak kat rumah besarkan badan. hahaha. Taadi pagi aku ngan mak dah buat kek pisang and apam gula hangus. Rupanya senang giler nak buat apam gula hangus tu. Sebelum nie aku tau makan je. hahaha. :D
Okay, esok aku ngan mak nak buat chocolate cake with cream cheese frosting. Hari ahad aku nak buat cheese cake pulak. Nak bawa balik Arau sikit. Hah, tengok tu macam mana aku tak gemuk kalau duduk rumah asyik buat segala macam makanan yg banyak kalori. Tang cheese cake tu jangan cakap lah. Aku dah lah hantu cheese cake. Sekali melantak tak hingat!! Cewaaaaaaahhhhh!!! hahaha. :D
Hurm, tau tak sebenarnya aku tengah kusut nie. Aku ter'obses' (ada ke perkataan tu?) dengan someone, maybe. Aku tak tau nak buat macam mana nak lupakan dia. Perlu ke aku hentak kepala aku dengan batu? My buddy suruh aku duduk depan lori pastu biar kena langgar. Mana lah tau boleh hilang ingatan katanya. Idea tak bernas langsung. Ada ke patut nak suruh aku pertaruhkan nyawa ku nie? Cewaaaaaahhhhhhh!! Ayat tak hingat!! hahahaha. :3
Back to the topic, macam mana aku nak lupakan someone tu bila dia dah lama bertahta + mendiami + menakluki hati aku nie? Amboi kau jah!! Ayat tak boleh nak poyo lagi ke? (-_-)"
So, anyone yg agak-agak ada cadangan yang bernas lagi munasabah dan munasarawak, silalah kemukakan idea dan pandangan anda ke talian 0123456789. hahaha :D
Aku rasa baik aku stop sampai sini dulu kot. Sebelum aku merapu benda-benda yg tak sepatutnya dan mungkin jugak boleh membahayakan nyawa korang. kihkihkih. (^_^)Y Aku minta maaf kalau aku tersinggung hati mana-mana pihak. I'm truly sorry. Okay, adios!! Selamat jalan Romeo!! (^_^)









P/s : Nie gambar-gambar masa dinner 5/3/2014. Precious memories. Love it so much!!! <3

Yang kuat merapu,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim (^_^)Y