text goyang

Tipu =.="

Hai ! Assalamualaikum. :)
Okay, hari nie aku nak bincang topik pasal TIPU. Hah ! Tipu tu ape ye ? In my opinion, tipu tu ialah tak jujur. Macam tulah. Orang yang suka menipu nie memang menyakitkan hati. Aku tak nafikan yang kadang-kadang kita menipu untuk selamatkan diri sendiri. Well, aku pun pernah menipu. Nak tau aku tipu sape ? Aku tipu mak aku. Hah ! Amik kau. Terukkan aku. Masa aku sekolah tadika, aku pernah tipu mak aku. Aku cakap aku sakit perut. Taknak pergi sekolah. Tapi aku dah taubat. Aku tak buat dah keje-keje tak berfaedah tu. huhuhu. Topik aku hari nie specific sikit. Okay, topik orang menipu sebab nak tawan hati someone yang special (crush la cite nye nie). 
Okay, aku selalu dengar, lihat, tengok orang menipu crush dia. Dia cakap yang dia tu handsoma/cantik macam model lah. Dia pandai buat macam-macam lah. Dia hebat lah. Sebab ape ? Tu aku tak tau lah. Tapi cuba bayangkan kita yang kena tipu. Ape rasa ? Sakit kan ? Ada macam nak cekik-cekik tak orang yang tipu kita tu ? Mesti ada kan ? Tipu lah kalau tak rasa macam tu ? Hah ! Tengok ! Tipu lagi. Ish3. hehehe.
Jadi apa yang kita nak buat dengan orang yang suka menipu nie? Bagi aku kita kena lah hati-hati bila berdepan dengan insan-insan istimewa nie. Kalau dia sampai kan apa-apa info, siasat dulu. Jangan terus percaya bulat-bulat. Biarlah kita jadi detektif yang tak bertauliah. Asalkan kita dapat info yang betul dan boleh dipercayai. Aku bukannya apa, aku cuma taknak nanti ada hati yang terluka, teguris, tercalar, terobek disebabkan olah insan-insan istimewa macam tu. Caring kan aku ? kahkahkah :D Just kidding. 
Okay lah, sampai sini dulu kot, Aku tak tau nak perah otak aku macam mana dah. kihkihkih. Selamat malam :)
With so much love,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim (^_^)v


Bersyukur dengan apa yang ada :)

Hello!! Hello!! Syukur, alhamdulillah aku masih bernyawa hari nie. :)
Hidup nie terlalu indah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Aku insan yang lemah nie rasa bersyukur sangat. Macam-macam nikmat yang aku dapat. Nikmat sihat, nikmat tidur, nikmat makan, nikmat mendengar, nikmat melihat dan macam-macam lagi. Kalau aku nak list semuanya memang tak tersenarai. Tadi aku baru tengok dokumentari pasal "Body Bizarre". Dokumentari nie banyak buat aku sedar bahawa hidup aku nie amat bertuah. Bayangkanlah orang lain yang menderita pelbagai penyakit pelik, kurang kemampuan, tak boleh jalan dan macam-macam lagilah. Aku sedih sebab kadang-kadang aku tak reti nak bersyukur. Segelintir orang lain yang bertuah pun kadang-kadang tak bersyukur ataupun kurang bersyukur. Patut ke aku berperangai macam tu? Tak berterima kasih ke aku? Layak ke aku nak terima semua nikmat nie kalau aku tak bersyukur? The answer is NO!! So, aku perlu ubah diri aku untuk menjadi lebih bersyukur. Same goes to other people who got the great life and opportunity to live better. Kita semua patut bersyukur dan sentiasa ingat untuk bersyukur. Am I right?? Okay, I think I'm done for today. 
Today's quote : Learn to be happy with what you have and always thankful. :)
With so much love in the air, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim the clumsy girl (^_^)V

Budak-budak zaman sekarang =.="

Hai!! Hai!! Fuhh, dah berhabuk blog aku nie. Eh, eh, ada labah-labah lah. hahahaha. Poyo je kan aku nie. Okay, topik hari nie ialah budak-budak zaman sekarang. Hah!! Nape dengan budak-budak zaman sekarang? Nak tau? hehehe. Sabar, sabar. Entri aku kali nie bukan nak memburukkan sape-sape. Ape yang aku nak kongsikan nie harap boleh jadi teladan ke, pengajaran ke, peringatan ke, ape-ape lah. Harap-harap terkesan kat hati tu. Aku pun nak ingatkan diri aku jugak sebenarnya. Okay, enough with this nonsense talk. Now, straight to the point. 

Budak-budak zaman sekarang. Dorang nie aku rasa terlebih pandai kot (bukan rasa, tapi kenyataan). Dorang semua memang pandai. Pandai dalam belajar, pandai bercinta, pandai nak samseng. Semualah. Hurmm, entahlah. Budak yang pandai belajar tu baguslah. Aku jelous jugak dengan dorang sebab aku nie takde lah genius sangat. huhuhu. Tapi kalau yang pandai bercinta, pandai nak samseng tu ape cerita? Aku musykil. Dorang nie ada terlebih makan vitamin ke? Terlebih minum susu ke? Aku ada dengar yang budak-budak sekolah rendah pun dah pandai kapel-kapel. Uishh, advanced betul!! Aku dulu masa sekolah rendah hingus pun meleleh-leleh. Tak tau pun ape benda kapel tu. Aku ingatkan kapel tu macam makanan (maklumlah aku kan suka makan). Tapi budak-budak zaman sekarang dah pandai semua tu. Amboi, siap "abang", "ayang", "bie", "pa", "ma" (geli ketiak aku). =.="
Ada jugak budak-budak zaman sekarang yang dah pandai meraba-raba. Budak sekolah rendah kot. Yup, BUDAK SEKOLAH RENDAH!! Ape benda semua nie?? Aku tak boleh terima langsung!! Ape nak jadi kat  anak bangsa kita? Tu baru cerita budak sekolah rendah. Belum lagi budak sekolah menengah. Kalau budak sekolah menengah, jangan cakaplah. Lagi dahsyat!! Entahlah aku sampai tak tau nak describe macam mana lagi. 

Budak-budak zaman sekarang. Pandai nak samseng. Aku pun tak paham dengan dorang nie. Best sangat ke jadi samseng? Dorang takde rasa bersalah ke? Takde rasa kesian ke?? Baru-baru nie aku ada tengok video budak sekolah kena buli. Pembulinya semua perempuan. Ya, PEREMPUAN!! Aku yang perempuan rasa malu dengan semua nie. Orang selalu kata perempuan nie hati lembut, sopan santun, penyabar, macam-macamlah. Tapi yang aku pelik, aku tak nampak pun ciri-ciri yang aku sebut tadi kat pembuli-pembuli tersebut. Hati dah kering sangat ke? Puas ke buat macam tu? Tak guna akal dulu ke? Tak tau ke yang mana baik, yang mana tak baik? Takkan nak main terjah je? Buat keputusan membabi buta je (opss, sorry emo pulak). Bayangkanlah, adik aku yang darjah tiga pun menangis teresak-esak bila ternampak video tu. Nie budak-budak yang aku andaikan dah baligh, tak pun paling kurang yang dah mumaiz. Mestilah tau yang mana baik yang mana buruk. Entahlah. Aku pun tak tau nak kata ape dah. 
Lagi sekali aku nak bagitau, entri aku kali takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Aku bukan nak salahkan seseiapa atau nak tuduh seseiapa. Tapi aku rasa terpanggil nak melalut kat sini. Aku nak jadikan semua nie pengajaran dan peringatan untuk aku jugak sebenarnya. Mak aku ada jugak cakap, "jangan nak mengata orang. Jaga diri sendiri je". Tapi aku tak boleh. Aku nak jadikan benda-benda nie semua sempadan untuk aku. 

Okaylah, enough aku melalut panjang lebar kat sini. Aku nak minta maaf kalau entri aku kali nie ada menyinggung mana-mana pihak. Aku tak bermaksud nak menyinggung hati, perasaan, ataupun jiwa sape-sape. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku nie pun manusia biasa yang banyak buat silap. Tapi setiap manusia boleh berubah kalau dia nak kan?? "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", betul tak? Peace yo!! (^_^)V
With so much love and care, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim insan biasa yang juga melakukan kesilapan. :)

Frustrated?? Yes, definitely!!

Hai!! Hai!! Hai!! Ape khabar sume? sihat-sihat je ke?? Kalau tak sihat pegi jumpe doctor ye. Aku tak jadi doctor lagi. So, tak boleh lah nak rawat korang. (Ape yang aku merepek nie?). Ignore that. hurmm, kalau kite nak cakap pasal frust, macam-macam bende yang boleh buat kite frust kan? For example, kalau kita buat kek, pastu tak jadi pulak. Mesti frust kan? Tak pun kite tengah buat exam pastu tak ingat ape yang kite dah study, mesti lagi betambah-tambah frust. Betul tak? Aku nie pulak tergolong dalam kategori orang yang frust jugak kot (tak dinafikan lagi). huhuhu :(
Aku frust sebab.........................................................................guess what?? hurmm, result exam aku tak macam yang aku harap kan. Frust kan? Kesian mak aku, die mesti sedih sebab aku tak capai target aku (sobsobsob) :'(




Tapi nak buat macam mane kan. Tu lah yang orang cakap, kalau kita tak pernah gagal, kite tak tau mane salah kite. Betul tak ape yang aku pikir nie? Sama tak macam ape yang korang pikir? One thing yang aku tak suka pasal aku, aku nie cepat sangat nak melatah kalau ada salah atau kekurangan yang aku buat. Aku mesti rasa macam aku nie hampeh, tak guna, bengong, macam-macam lah (macam mana lah aku nak jadi psychologist kalau aku sendiri pun senget). hurmm, entah lah. Buat masa nie maybe I need some strength to live my life. Ignore the world and be happy, but not forget Allah. I should be happy and cheerful like these right?? --------------------------------->




Okay, i think that's all. Thank you.
With so much love, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)


Rindu??Yup, saya rindu.

A person that truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is. Ape benda yang aku merepek sebenarnye nie??Hurmm, abaikan je lah. Sebenarnye, I can't stop thinking about "Awak". Aku pun tak tau nape. Pelikkan?? hurmm, nape aku mesti ada perasaan macam nie?? Kadang-kadang aku rimas, kadang-kadang aku suka, kadang-kadang pulak aku rasa terseksa. Nape mesti macam tu?? Aku tak paham lah. hahaha. Aku rindu "Awak". Boleh ke macam tu?? Ada tak salah kat mane-mane kalau aku rindu kat "Awak"?? Aku nie yang melebih-lebih ke ape?? Tak malu betul!! Shame on me!!! huh!! 
Okay, enough with that lovey dovey thing. Ape yang penting sekarang I need to live my life. Betul tak?? hurmm. Okay lah, aku nak sambung main game. Ketagih lah pulak. Sapelah yang bertanggungjawab atas ketagihan aku nie. huhuhu. 

Tengoklah aku zaman sekolah dulu. huhu. Rindu sekolah, rindu "Awak".

I'm done for tonight. Tata. 
With so much love in the air,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)

Awak, saya terjatuh hati kat awak lah.

Hello!! Hello!! Okay, today's topic is about AWAK!! Politics are not allow here!! Take note that please. Enough about that politics things. Sebenarnye, aku dah terjatuh hati kat someone. Nonsense kan aku. Boleh pulak aku merapu kat sini.
Awak, sebenarnye saya memang terjatuh hati kat awak. Saya terjatuh hati sebab awak. Awak lah penyebab saya terjatuh hati (mantera ape yang aku sebut nie???arghh!! abaikan). Saya terjatuh hati bukan sebab awak pandai masak, handsome, bergaya (walaupun benda2 tu sikit sebanyak mempengaruhi) tapi sebab peribadi awak. Amboi, ayat aku. Gempak doh!! huh!! Penat pikir ayat nak sebut pasal awak. Awak sangat menjaga pergaulan (tak tau lah kalau dengan saya je awak jaga pergaulan). Saya suka sangat semua pasal awak. Saya tau, saya nie bukan lah orang yang sesuai untuk awak (fuhh, ayat!! gempak tak hingat). Saya takde lah kelebihan2 yang luar biasa sebab saya nie bukannye superwoman. Saya jugak bukan black widow ke, catwoman ke, ninjawoman ke. Saya hanya insan biasa yang banyak kekurangan. 
Okay, enough with this nonsense talk. huhuhuhu. Tapi saya nak awak tau, saya terjatuh hati kat awak. Sorry ye. Saya tak tau nak halang macam mane perasaan saya kat awak. Saya pun tak sedar macam mane saya boleh terjatuh hati kat awak. Sorry sangat2. hurmmm.
Okay lah. Aku nak tido lah. Penat sangat hari nie. Aku sayang semua. Night :)
With so much love, Nurfatin Aina binti Nor Rahim <3

Senget!!!!

Olla!! Olla!! hurmm, wanna know something?? Kelmarin aku mimpi aku dah kawin!!! Nonsense betul!! Sewel aku dibuat nye. Entah pape je mimpi aku tu. Seram~~~~~
One more thing, aku rimas la dengan someone nie. Tension aku. Aku dah cakap aku tak suka maknanye aku tak suka lah. Ape lagi yang die tak paham?? Tak kan nak suruh aku cakap bahasa jawa kot. Nanti kalau aku cakap jawa mau ternganga (padahal aku tak reti pun nk cakap jawa...hehehe). Aku nie pun satu, senget kot. 
okay lah. Tak tau nak mengarut ape dah. Tata :)