text goyang

sayonara~

Hai !! Assalamualaikum :)
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
............................................................ (alamak, lupa lirik lah pulak)
Okay, sebenarnya aku nak balik Araustralia dah esok. Nape awal sangat?? Hah, tulah. Awal sangat kan. Hurm, maybe abah ngan mak nak bawak pergi jalan2 dulu kot. Who knows ?? Sayonara Manjung~ huhuhu 
Aku rasa macam baru semalam je balik Manjung (poyo je kan?). Hurm, macam-macam memori yg aku dah save dalam pale otak aku nie. Sayang pulak rasanya nak tinggal kan manjung. Ish, apahal ngan aku nie?? Dah 4 semester kot aku kat Araustralia tu. Boleh pulak nak mengada-ngada. Betul tak? Hurm, entahlah. Fatin, Fatin, ape lah nak jadi ngan kau nie? Ish3. 
Okaylah, aku sebenarnye tak tau nak share ape dah. Lain kali kalau ada masa aku update. Tapi entah bila pulak lah kan. Lagi dua tahun la kot. huhuhu (^_^)v
Tata sayang. Selamat malam sayang. Selamat jalan Romeo. 


With so much love, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim (crazy, clumsy, annoyying girl). :')

Tipu =.="

Hai ! Assalamualaikum. :)
Okay, hari nie aku nak bincang topik pasal TIPU. Hah ! Tipu tu ape ye ? In my opinion, tipu tu ialah tak jujur. Macam tulah. Orang yang suka menipu nie memang menyakitkan hati. Aku tak nafikan yang kadang-kadang kita menipu untuk selamatkan diri sendiri. Well, aku pun pernah menipu. Nak tau aku tipu sape ? Aku tipu mak aku. Hah ! Amik kau. Terukkan aku. Masa aku sekolah tadika, aku pernah tipu mak aku. Aku cakap aku sakit perut. Taknak pergi sekolah. Tapi aku dah taubat. Aku tak buat dah keje-keje tak berfaedah tu. huhuhu. Topik aku hari nie specific sikit. Okay, topik orang menipu sebab nak tawan hati someone yang special (crush la cite nye nie). 
Okay, aku selalu dengar, lihat, tengok orang menipu crush dia. Dia cakap yang dia tu handsoma/cantik macam model lah. Dia pandai buat macam-macam lah. Dia hebat lah. Sebab ape ? Tu aku tak tau lah. Tapi cuba bayangkan kita yang kena tipu. Ape rasa ? Sakit kan ? Ada macam nak cekik-cekik tak orang yang tipu kita tu ? Mesti ada kan ? Tipu lah kalau tak rasa macam tu ? Hah ! Tengok ! Tipu lagi. Ish3. hehehe.
Jadi apa yang kita nak buat dengan orang yang suka menipu nie? Bagi aku kita kena lah hati-hati bila berdepan dengan insan-insan istimewa nie. Kalau dia sampai kan apa-apa info, siasat dulu. Jangan terus percaya bulat-bulat. Biarlah kita jadi detektif yang tak bertauliah. Asalkan kita dapat info yang betul dan boleh dipercayai. Aku bukannya apa, aku cuma taknak nanti ada hati yang terluka, teguris, tercalar, terobek disebabkan olah insan-insan istimewa macam tu. Caring kan aku ? kahkahkah :D Just kidding. 
Okay lah, sampai sini dulu kot, Aku tak tau nak perah otak aku macam mana dah. kihkihkih. Selamat malam :)
With so much love,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim (^_^)v


Bersyukur dengan apa yang ada :)

Hello!! Hello!! Syukur, alhamdulillah aku masih bernyawa hari nie. :)
Hidup nie terlalu indah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Aku insan yang lemah nie rasa bersyukur sangat. Macam-macam nikmat yang aku dapat. Nikmat sihat, nikmat tidur, nikmat makan, nikmat mendengar, nikmat melihat dan macam-macam lagi. Kalau aku nak list semuanya memang tak tersenarai. Tadi aku baru tengok dokumentari pasal "Body Bizarre". Dokumentari nie banyak buat aku sedar bahawa hidup aku nie amat bertuah. Bayangkanlah orang lain yang menderita pelbagai penyakit pelik, kurang kemampuan, tak boleh jalan dan macam-macam lagilah. Aku sedih sebab kadang-kadang aku tak reti nak bersyukur. Segelintir orang lain yang bertuah pun kadang-kadang tak bersyukur ataupun kurang bersyukur. Patut ke aku berperangai macam tu? Tak berterima kasih ke aku? Layak ke aku nak terima semua nikmat nie kalau aku tak bersyukur? The answer is NO!! So, aku perlu ubah diri aku untuk menjadi lebih bersyukur. Same goes to other people who got the great life and opportunity to live better. Kita semua patut bersyukur dan sentiasa ingat untuk bersyukur. Am I right?? Okay, I think I'm done for today. 
Today's quote : Learn to be happy with what you have and always thankful. :)
With so much love in the air, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim the clumsy girl (^_^)V