text goyang

Strangers -------> Roommates ---------> Friends Forever. In sha Allah :)

Assalamualaikum :)
Hai, hai, hai. Apa khabar semua? Sihat? How's life? hahaha. Bosan tak aku asyik ulang benda yg sama tiap kali aku buat entri baru? Sorry lah, benda tu je yg sempat aku fikir. hahaha :D
First thing first, aku kat sini nak coret-coret sikit tentang strangers ----> roommates ---> friends forever. Hah! Apa maksud aku sebenarnya nie? Pening ye? Sorry, ayat orang dah lama tak ulang kaji tatabahasa. hahaha. Sebenarnya, topik aku hari nie ada kena mengena dengan kawan-kawan aku or dalam erti kata lain roommates kesayangan aku. Ish, apa yg aku putar belit nie? Huh!! 
Tadi petang roommates and me lepak-lepak, gosip-gosip and MAKAN-MAKAN!! Kita orang makan chicken chop!! hahaha. Maklumlah lama tak jumpa mulalah naik gila. 
Nak dijadikan cerita, aku mula-mula kenal dorang masa aku sem 2. Mula-mula masing-masing awkward je sebab first time jumpa. Tiba-tiba dapat bilik sama. So, bila dapat bilik sama tapi orang yg berbeza mulalah nak meraung, melalak sebab tak reti nak sesuaikan diri dengan surrounding + orang baru. Aku nie dah lah kuat melalak, apa ke lagi? Melalak lah aku di situ. kuang3. :D
Bila dah lama-lama kenal baru tau masing-masing otak tak center. hahaha. Aku dengan kuat gelaknya, Afie dengan korea series lah, Amalia dengan anime + ukur sana ukur sini (geomatiklah katakan) and Shiera pulak dengan kelakuan budak-budaknya. Ayat yg selalu Shiera guna, "Seronok beronok ronok." hahaha. :D
Kalau nak story kat sini pasal dorang sorang-sorang memang boleh jadi berbuku-buku. Apa-apa pun aku nak story jugak sikit-sikit pasal dorang.
Mula-mula Afifah Amalina Rosly. Kita orang panggil dia Afie. Afie nie sorang yg manja, kuat nangis macam aku (hehehe. sorry Afie). So, aku dengan Afie nie nie macam satu kepala jugaklah. Aku dengan Afie selalulah luah perasaan sama sendiri. Aku luah pasal Mr. ******, dia luah pasal Mr. ****. Bila aku dengan Afie bergabung tenaga gelak golek-golek, memang bergegar bilik lah jawabnya. Afie nie jugak suka gila tahap gaban dengan korea variety shows. Runningman lah, family outing lah, ntah apa-apa lagi pun aku tak tau nak sebut. hahaha. :D Tu baru sikit aku story pasal Afie. Kalau aku sambung story pasal Afie alamatnya aku tak tidur lah malam nie. hahaha. 
Now, beralih pulak kat Amalia Batrisyia Azman. Betul tak nama ko Amalia? Aku tersilap eja nama ko tak? Kalau silap I'm so sorry. Okay, Amalia nie orang nye straight to the point. Kalau dia tak suka, dia cakap terus dia tak suka. No lapik-lapik. But then, dia nie baik. hehehe. Amalia ko jangan nak kembang ea. Aku puji ko sebab aku nak ko sayang aku lebih. hahaha. :D Amalia nie sorang yg tekun. Ehh? hahaha. Aku dengan Amalia kalau sembang pasal anime boleh lah. Hunter x Hunter lah, Fairy tail lah, Bleach lah macam-macam lagi. Amalia jugak pernah lah bagi semangat kat aku bila aku macam nak give up. Bagus kan? 
Hah!! Lagi sorang nie Siti Nur Shahirah Mohamed. Shiera nie duduk sebilik dengan kita orang setahun setengah. Shiera nie happy go lucky. Tapi dia kalau study memang dahsyat lah. Ada sekali tu dia study subjek mandarin. Aku, Afie dengan Amalia asyik mengusik dia je. Kita orang cakap dia baca mantera. hahaha. :D Shiera nie pun manja. Dia dengan Amalia bukan boleh dekat. Kalau dekat mulalah nak bercakar. Ehhh?? Gurau-gurau. Sebenarnya, Shiera suka menyakat Amalia. So, Amalia apa ke lagi? Menyakat balik lah. Kalau setakat gaduh-gaduh manja tu biasa lah kan. Aku dengan Afie gelak je lah. 
Lastly, Nadia. Sorry Nadia, Atin tak tau nama penuh Nadia. Nadia nie classmate Afie. Tapi aku, Amalia dengan Shiera dah anggap dia macam roommate kita orang jugak. Dia nie selalu update lagu-lagu English. So, tiap kali ada lagu baru dia mesti bagi tau aku. Maklumlah aku memang minat lagu-lagu English nie. Kalau penyanyi-penyanyi lagu Enlgish nie banyak yg dia promote kat aku. Contohnya, JLS, MKTO, IM5 macam-macam lagilah. hahaha. :D
Bila aku story pasal dorang nie mulalah aku rasa macam nak melalak. Lepas nie mungkin kita orang susah nak gather sama-sama dah. Masing-masing mesti bawa haluan masing-masing. Alamak!! Air mata dah mencura-curah ke ladang gandum. Ehhh? :')
Nie aku nak share sikit bittersweet memori kita orang bersama. Setiap gambar ada ceritanya. Di sebalik senyuman ada maksudnya. Di sebalik tangisan ada lukanya. Di sebalik keayuaan ada kekasarannya. Ehh?? Apa aku merepek nie. heeeeeeeeeeee~ So, do enjoy!!!! 



















P/s : Harap hubungan kita semua kekal sampai bila-bila. Atin sayang korang semua!!! Muaaaahhhhhhh!!!!

Budak kuat nangis, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :')

No comments:

Post a Comment