text goyang

Love vs. Obsession

Assalamualaikum. Hai hai hai. Macam mana hari nie? Semuanya okay? Kalau okay, syukurlah. Kalau tak okay pulak, sabar ea. Ada hikmah tu. Hari nie aku rasa macam nak bincang pasal cinta, kasih sayang dan obsesi. So, macam formal sikitlah entri kali nie. Apa yang aku nak share nie mungkin ada cacat cela kat mana mana. So, kalau ada salah silap aku minta maaf and bolehlah share idea korang kat sini sikit. Tak baik kedekut. hihihi. :)
Okay, apa itu cinta? Apa itu kasih sayang? Dan apa itu obsesi? Hah, kalau ikut pengetahuan yang aku ada, cinta dengan kasih sayang tu lebih kurang sama je. Aku pun pening bila benda berkaitan dengan perasaan nie. So, untuk kepastian aku dah search maksud semua perkataan tu dari sumber sumber yang boleh dipercayai. 
Firstly, kasih sayang bermaksud perasaan belas kasihan terhadap seseorang atau sesuatu. Cinta tu lebih kurang macam kasih sayang. (sorry maksud cinta tu aku tak jumpa lah pulak.). Obsesi pulak bermaksud sesuatu yang mengganggu atau menghantui fikiran seseorang. Obsesi jugak bolah dikatakan seperti keadaan memikirkan sesuatu. Hah, dah jelas ke sekarang? Sorrylah kalau tak berapa paham. huhuhu.
Tapi apa yang aku nak share hari nie bukan setakat maksud perkataan perkataan tu je. Aku nak share pasal situasi berkaitan dengan perkataan perkataan tu. Kenapa? Pening ye baca ayat tunggang langgang aku nie. Sorry, aku dah lama tak balajar tatabahasa. Habis hancur struktur ayat aku nie. Hurmm, okaylah. Macam nie, kasih sayang, cinta dan obsesi nie sebenarnya sikit sebanyak berkaitan (aku rasalah kan). Sebab, bila kita sayang seseorang atau sesuatu kita mesti nak jaga elok elok something tu kan. Kalau bolah kita taknak seseorang yang kita sayang tu sakit, terluka, kecewa. Same goes to something that we love. Kita mesti taknak sesuatu yang kita sayang rosak, patah dan sewaktu dengannya. Betul tak apa yang aku cuba sampaikan nie? Kalau tak betul, please bagitau. nanti aku sesat pulak. Maklumlah, aku nie manusia biasa yang selalu je buat silap. Aku tak sempurna. Cewaaaaah!! Okay, abaikan apa yang aku mereek tu. Just tumpukan kat tajuk kita hari nie. kihkihkih. 
Now, kita sembang pasal obsesi pulak. Hah, obsesi nie bahaya sikit. Orang yang ada obsesi nie dia memang sayang kat seseorang atau sayang kat sesuatu tu. Tapi sayang dia tu macam lain cara sikit. Lain macam mana? Hah, nie yang nak bagitau nie. Apa yang aku tau, orang yang obses nie sangat terpengaruh dengan perasaan atau kelakuan yang melebih lebih. Contohnya, bila orang yang obses nie sayang kat seseorang, dia akan cuba untuk dapatkan orang tu walaupun terpaksa melukakan orang yang dia sayang tu. Setakat nie paham tak? Aku rasa aku dah mula buat ayat tunggang terbalik dah nie. Orang yang obses nie memang dia cakap sayang kat seseorang atau sesuatu tapi cara dia nak express rasa sayang dia tu boleh menyebabkan perkara buruk berlaku. Agak agak sampai tak apa yang aku cuba nak bagitau nie? Aku risau korang pening kepala pulak baca entri aku kali nie. Hurmm. 
Lagi satu, aku nak bagitau korang kasih sayang, cinta dan obsesi nie macam susah nak bezakan. Sebab perbezaan antara kasih sayang, cinta dan obesesi sangat sikit. Macam nielah, apa kata korang try search pasal "Confusing Love with Obsession". Kat situ ada cerita lebih mendalam pasal cinta, kasih sayang dan obsesi. Kat sini ada sikit petikan dari apa yang aku dah baca, 

"The difference between healthy and obsessive love is that with the latter, those feelings of infatuation become extreme, expanding to the point of becoming obsessions. Obsessive love and jealousy that is delusional is a symptom of mental-health problems and is a symptom that occurs in about 0.1% of adults. Individuals who suffer from delusional jealousy often interpret minor experiences like a coworker saying hello to their spouse or romantic partner looking at a passerby as positive proof that their loved one is being unfaithful. Male alcoholics have been found to be particularly vulnerable to developing delusional jealousy. Females are more likely to develop obsessive love toward people they know rather than toward a stranger. The objects of love for women who love obsessively are often people who have been in the role of helper in their lives. In the uncommon instances that obsessive love involves violence, men and women seem to be perpetrators of such violence at equal rates. Risk factors for developing obsessive love include a lack of full-time employment as well as having family members who have psychiatric problems, particularly a delusional disorder."

Okay, tu sikit sebanyak yang aku dapat kongsi hari nie. As I said earlier, kalau ada cacat cela silalah bagitau. Aku minta maaf kalau ada yang tersinggung, terluka, terasa dengan entri aku kali nie. I'm so sorry. Dari lubuk hati aku, aku minta maaf. Nanti kalau ada masa aku share dengan korang lagi. Adios!!

Confused girl,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim  :) 








No comments:

Post a Comment