text goyang

Part Time Job *Sigh*

Assalamualaikum..
Lamanya lah aku tak update blog nie. Maaflah, masa tak mengizinkan. Student lah katakan...
Okay, sekarang nie dah ada banyak masa sementara tak keje lagi. Bila buka cerita pasal keje, aku mulalah rasa nak give up, down, stress, nak mengamuk, semua lah. Huhu. Guess what? Aku nak cari keje part time punyalah susah. Baru part time babe. Belum lagi full time. Kalau macam nie lah gayanya, mau aku gigit jari lepas degree nanti. Serabut, serabut. Minggu lepas aku dah pergi merata cari keje. Isi borang macam macam. Then, the management crews cakap kalau ada pape, dorang contact. Tapi, hurmm mungkin belum ada rezeki aku lah kot. Hari nie pulak aku keluar rumah dari pagi sampai ke petang semata mata nak cari keje. Cari punya cari, aku pun hantar la resume kat satu klinik nie. Pastu, isi borang kat tempat tempat yang ada job vacancy, again. 
Bila fikirkan balik, susah jugak nak dapatkan keje. Lepas nie tak boleh nak memilih keje. Ada rezeki kat mana mana terus sambar. Now, I realised that life is hard. Kalau takde bengkang bengkok, turun naik, guling guling bukan kehidupan namanya. Haha. So, I'll just go with the flow. Takde dah merungut. Just be patient, keep strong and be gorgeous. Hahaha.
Okaylah, tak tau nak taip ape dah. Otak tak start nak retard. Pape pun, all the best!! :)

Quotes : Think about why you held on for so long before you give up. :)



Crazy retarded girl,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim. xoxo 

I'm SHOCKED!!

Assalamualaikum. Hai, hai, hai. :)
How's life? Ada baik? Tengah buat apa? Sihat tak? huhuhu. Banyak soal la aku nie kan? Sorry, aku nebes. hahaha. Nak nervous kenapa pulak aku nie? Hah!! Nak tau? Nak? Nak? kihkihkih :D
Ada banyak benda buat aku nervous sekarang nie. Salah satunya sebab final exam aku tak habis lagi. Aku pulak dengan suka hatinya update blog dan bukan study. Pandai kan? Huh!! Apa nak jadi dengan aku pun tak tau lah. Mood berkobar-kobar nak study sekejap je menjenguk. Lepas tu mood tu melayang ke mana pun aku tak tau. Sadis gila!! (-_-)"
Lagi satu sebabnya abah aku ada call aku semalam. And guess what? Lepas abah aku sembang-sembang dengan aku, tiba-tiba mak aku pulak nak sembang dengan aku. Aku layan je lah. Sebab aku nie memang anak mak sikit. Dua hari tak call mak or abah mulalah jadi macam orang sasau. hahaha. Berbalik pada topik tadi. Apa yang mak aku sembang dengan aku? Hah!! Mai sini nak habaq sat. Ehhh? Sejak bila aku guna loghat utara nie? hahaha. Abaikan. Mak aku bagitau ada makcik tu nak buat aku jadi menantu. Hah!! Ambik ko!! Heart attack aku. Takde angin takde ribut tiba-tiba ada orang nak buat aku jadi menantu? Oh my!! Aku kenal makcik tu pun tak tiba-tiba je. 
Mak aku cerita lagi, "sebenarnya makcik tu dah tanya mak sejak Aidiladha tu. Tapi mak buat tak tau je. Pastu, hari tu mak pergi baca Yassin makcik tu tanya mak lagi." Mak aku siap cakap kat aku, kalau malas nak study biar keluarga je yang uruskan. What???!! Aku pun apa lagi? Gelabah lah. Mula lah nak jadi sawan buih. Sawan buih sebab apa? Sebab aku SHOCKED!! Nasib baiklah tak kojol semalam. Kalau tak siapalah nak jawabkan exam aku. Ehhh? Mak, zaman sekarang nie ada lagi ke keluarga yang uruskan hal-hal nak jodohkan anak dengan orang tu orang nie? Atin rasa takde dah kot. Hahaha. Semalam nak je aku cakap kat mak aku yang dalam hati nie dah ada insan yang bertakhta. Cewaaaaaaaaahhhhh!! Gatai na!! hahaha. :D Gurau-gurau. Hurmm, apa-apa pun, aku tak bersedia dengan semua tu. Maklumlah anak mak. Kena duduk bawah ketiak mak 24/7. hahaha. 
Okaylah, sampai sini dulu kot. Kalau aku merepek lagi, tak tau lah sampai bila aku nak berhenti. Last-last maunya aku tak study. Okay, selamat jalan Romeo. Adiosss!! (^_^)Y






Psssssssssssttttt : Nie lah apa yang aku rasa sekarang. (-_-)

Budak hampir heart attack,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim 

On my way to go INSANE!!!!

Assalamualaikum. Hai hai hai. :D
Hah! Duduk buat apa tu? Tengah korek hidung ye? Hihihihi. Gurau, gurau. Senyum sikit. Sikit je. A'ah senyum macam tu. Kan comel tu. :D Senyumkan sedekah. (^_^)
Okay, hari aku nak merepek apa? Tertanya-tanya tak? hehehe. Sebenarnya, pagi tadi aku baru habis jawab kertas exam kimia. Guess what?! Wa nak naik gila beb!! Wa tak tau wa jawab apa. Wa siap hentam, goreng, rebus soalan-soalan tu. Ehhhh? Apasal aku guna "wa"? Aku dah mula perasan gangster lah tu. Abaikan. Hah!! Cakap pasal exam tadi, bila aku dengan member-member keluar dari bilik exam tu semua muka pasrah je. hahaha. Tu baru satu paper. Ada lagi dua. Habis tiga-tiga kertas aku boleh hilang akal kalau macam nie gayanya. So, kalau aku nak tempah bilik dekat hospital sakit mental boleh tak agak-agaknya? hahaha. 
Okay, beralih pulak ke topik yg seterusnya. Apa topik aku? Hah!! Nie nak bagitau nie. Semalam, dalam pukul 11 malam ada suspicious login detected kat google account aku. IP address dari Belgium okay! Belgium!! Siapa pulak lah nak login google account aku yg dah bersawang tu? Pelik bin ajaib betul. Apa yg dia boleh buat dengan login google account aku tu? Dapat duit kah? Or hanya satisfactory je? Hurmm, I'm wondering.....................Oppssss!! Terlebih berangan pulak. hahaha. :D
Okaylah, sampai sini dulu kot. Nanti ada masa terluang aku coret-coret lagi. Adios!! (^_^)Y

video
Budak tak cukup seringgit, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)

Strangers -------> Roommates ---------> Friends Forever. In sha Allah :)

Assalamualaikum :)
Hai, hai, hai. Apa khabar semua? Sihat? How's life? hahaha. Bosan tak aku asyik ulang benda yg sama tiap kali aku buat entri baru? Sorry lah, benda tu je yg sempat aku fikir. hahaha :D
First thing first, aku kat sini nak coret-coret sikit tentang strangers ----> roommates ---> friends forever. Hah! Apa maksud aku sebenarnya nie? Pening ye? Sorry, ayat orang dah lama tak ulang kaji tatabahasa. hahaha. Sebenarnya, topik aku hari nie ada kena mengena dengan kawan-kawan aku or dalam erti kata lain roommates kesayangan aku. Ish, apa yg aku putar belit nie? Huh!! 
Tadi petang roommates and me lepak-lepak, gosip-gosip and MAKAN-MAKAN!! Kita orang makan chicken chop!! hahaha. Maklumlah lama tak jumpa mulalah naik gila. 
Nak dijadikan cerita, aku mula-mula kenal dorang masa aku sem 2. Mula-mula masing-masing awkward je sebab first time jumpa. Tiba-tiba dapat bilik sama. So, bila dapat bilik sama tapi orang yg berbeza mulalah nak meraung, melalak sebab tak reti nak sesuaikan diri dengan surrounding + orang baru. Aku nie dah lah kuat melalak, apa ke lagi? Melalak lah aku di situ. kuang3. :D
Bila dah lama-lama kenal baru tau masing-masing otak tak center. hahaha. Aku dengan kuat gelaknya, Afie dengan korea series lah, Amalia dengan anime + ukur sana ukur sini (geomatiklah katakan) and Shiera pulak dengan kelakuan budak-budaknya. Ayat yg selalu Shiera guna, "Seronok beronok ronok." hahaha. :D
Kalau nak story kat sini pasal dorang sorang-sorang memang boleh jadi berbuku-buku. Apa-apa pun aku nak story jugak sikit-sikit pasal dorang.
Mula-mula Afifah Amalina Rosly. Kita orang panggil dia Afie. Afie nie sorang yg manja, kuat nangis macam aku (hehehe. sorry Afie). So, aku dengan Afie nie nie macam satu kepala jugaklah. Aku dengan Afie selalulah luah perasaan sama sendiri. Aku luah pasal Mr. ******, dia luah pasal Mr. ****. Bila aku dengan Afie bergabung tenaga gelak golek-golek, memang bergegar bilik lah jawabnya. Afie nie jugak suka gila tahap gaban dengan korea variety shows. Runningman lah, family outing lah, ntah apa-apa lagi pun aku tak tau nak sebut. hahaha. :D Tu baru sikit aku story pasal Afie. Kalau aku sambung story pasal Afie alamatnya aku tak tidur lah malam nie. hahaha. 
Now, beralih pulak kat Amalia Batrisyia Azman. Betul tak nama ko Amalia? Aku tersilap eja nama ko tak? Kalau silap I'm so sorry. Okay, Amalia nie orang nye straight to the point. Kalau dia tak suka, dia cakap terus dia tak suka. No lapik-lapik. But then, dia nie baik. hehehe. Amalia ko jangan nak kembang ea. Aku puji ko sebab aku nak ko sayang aku lebih. hahaha. :D Amalia nie sorang yg tekun. Ehh? hahaha. Aku dengan Amalia kalau sembang pasal anime boleh lah. Hunter x Hunter lah, Fairy tail lah, Bleach lah macam-macam lagi. Amalia jugak pernah lah bagi semangat kat aku bila aku macam nak give up. Bagus kan? 
Hah!! Lagi sorang nie Siti Nur Shahirah Mohamed. Shiera nie duduk sebilik dengan kita orang setahun setengah. Shiera nie happy go lucky. Tapi dia kalau study memang dahsyat lah. Ada sekali tu dia study subjek mandarin. Aku, Afie dengan Amalia asyik mengusik dia je. Kita orang cakap dia baca mantera. hahaha. :D Shiera nie pun manja. Dia dengan Amalia bukan boleh dekat. Kalau dekat mulalah nak bercakar. Ehhh?? Gurau-gurau. Sebenarnya, Shiera suka menyakat Amalia. So, Amalia apa ke lagi? Menyakat balik lah. Kalau setakat gaduh-gaduh manja tu biasa lah kan. Aku dengan Afie gelak je lah. 
Lastly, Nadia. Sorry Nadia, Atin tak tau nama penuh Nadia. Nadia nie classmate Afie. Tapi aku, Amalia dengan Shiera dah anggap dia macam roommate kita orang jugak. Dia nie selalu update lagu-lagu English. So, tiap kali ada lagu baru dia mesti bagi tau aku. Maklumlah aku memang minat lagu-lagu English nie. Kalau penyanyi-penyanyi lagu Enlgish nie banyak yg dia promote kat aku. Contohnya, JLS, MKTO, IM5 macam-macam lagilah. hahaha. :D
Bila aku story pasal dorang nie mulalah aku rasa macam nak melalak. Lepas nie mungkin kita orang susah nak gather sama-sama dah. Masing-masing mesti bawa haluan masing-masing. Alamak!! Air mata dah mencura-curah ke ladang gandum. Ehhh? :')
Nie aku nak share sikit bittersweet memori kita orang bersama. Setiap gambar ada ceritanya. Di sebalik senyuman ada maksudnya. Di sebalik tangisan ada lukanya. Di sebalik keayuaan ada kekasarannya. Ehh?? Apa aku merepek nie. heeeeeeeeeeee~ So, do enjoy!!!! 



















P/s : Harap hubungan kita semua kekal sampai bila-bila. Atin sayang korang semua!!! Muaaaahhhhhhh!!!!

Budak kuat nangis, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :')

Wedding?

Assalamualaikum :)
Apa khabar semuanya? Sihat? hehehe :D
Topik kita hari nie ialah......................................................W.E.D.D.I.N.G. Yup, wedding. Kenapa aku nak cerita pasal wedding? Hah!! Dengar sini wahai rakyat-rakyat beta sekalian..! Ehhhhh?! Dengar? Silap. hahaha. Wahai rakyat-rakyat beta, bacalah apa yg beta nak coretkan nie. Cewaaaaaaaahh!! Poyo je. (^_^)Y
Sebenarnya, aku nak cerita pasal wedding sebab hari nie aku pergi kenduri kahwin kat merata-rata tempat. Ada yg buat kat dewan, ada yg buat kat rumah. Aku sampai tak larat nak melantak. hahaha. :D
Nak dijadikan cerita, masa kat weeding tu ada jumpa kawan-kawan mak aku, cikgu-cikgu aku and kawan-kawan lama aku. Hurm, guess what? Dorang tanya aku bila pulak? Ada yg cakap tak lama lagi aku pulak yg nak pelamin. Ada yg siap nak tolong carikan calon untuk aku. Mak aku apa ke lagi? Bagai pucuk dicita ulam mendatang, laju je setuju (ehh? betul ke peribahasa yg aku guna tu? tibai je la ye. hehehe.) Siap boleh minta tolong carikan calon untuk aku. Tak boleh blah. hahaha. Mak, mak. Tak sabar ye nak tengok anak mak nie kahwin ye? Sabar okay mak. hahaha. :D 
Tak kurang jugak ada yg cakap, "Nasib lah anak bujang pakcik baru tingkatan 4, kalau tak bolehlah abah kamu dengan pakcik berbesan." What the hell??!! Aku nampak tua sangat ke? Sobs :'( I'm 21 years old okay. Tak lah tua sangat. Lain lah kalau aku dah 30 tahun and tak kahwin lagi. Memang patut pun suruh aku kahwin cepat-cepat. huhuhu. (-_-)
Okaylah, tak tau nak merepek apa dah. Nie ada gambar wedding senior aku. hehehe. Moga abg Fariz dengan kak Puteri bahagia. I'm happy for both of you. :)






Budak sasau,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)

No caption~

Assalamualaikum and Hai!!
Apa khabar? Sihat? How's life? Good? Lama sangat rasanya tak update blog nie. Dah berkulat dah. hahaha. :D
Sebenarnya aku takde idea nak buat entri apa. Dah ada dua draf tapi aku tak tau nak sambung apa kat entri-entri tu. Aku ada kat rumah nie. Study week. So, seminggu duk melepak kat rumah besarkan badan. hahaha. Taadi pagi aku ngan mak dah buat kek pisang and apam gula hangus. Rupanya senang giler nak buat apam gula hangus tu. Sebelum nie aku tau makan je. hahaha. :D
Okay, esok aku ngan mak nak buat chocolate cake with cream cheese frosting. Hari ahad aku nak buat cheese cake pulak. Nak bawa balik Arau sikit. Hah, tengok tu macam mana aku tak gemuk kalau duduk rumah asyik buat segala macam makanan yg banyak kalori. Tang cheese cake tu jangan cakap lah. Aku dah lah hantu cheese cake. Sekali melantak tak hingat!! Cewaaaaaaahhhhh!!! hahaha. :D
Hurm, tau tak sebenarnya aku tengah kusut nie. Aku ter'obses' (ada ke perkataan tu?) dengan someone, maybe. Aku tak tau nak buat macam mana nak lupakan dia. Perlu ke aku hentak kepala aku dengan batu? My buddy suruh aku duduk depan lori pastu biar kena langgar. Mana lah tau boleh hilang ingatan katanya. Idea tak bernas langsung. Ada ke patut nak suruh aku pertaruhkan nyawa ku nie? Cewaaaaaahhhhhhh!! Ayat tak hingat!! hahahaha. :3
Back to the topic, macam mana aku nak lupakan someone tu bila dia dah lama bertahta + mendiami + menakluki hati aku nie? Amboi kau jah!! Ayat tak boleh nak poyo lagi ke? (-_-)"
So, anyone yg agak-agak ada cadangan yang bernas lagi munasabah dan munasarawak, silalah kemukakan idea dan pandangan anda ke talian 0123456789. hahaha :D
Aku rasa baik aku stop sampai sini dulu kot. Sebelum aku merapu benda-benda yg tak sepatutnya dan mungkin jugak boleh membahayakan nyawa korang. kihkihkih. (^_^)Y Aku minta maaf kalau aku tersinggung hati mana-mana pihak. I'm truly sorry. Okay, adios!! Selamat jalan Romeo!! (^_^)









P/s : Nie gambar-gambar masa dinner 5/3/2014. Precious memories. Love it so much!!! <3

Yang kuat merapu,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim (^_^)Y 

STRESS!

Assalamualaikum!! Hai hai hai!! :D
Today, I wanna share about stress. What is stress? Okay, stress is pressure or tension that exerted on a certain material. Huh? Tu salah satu maksud stress. hahaha. We usually used word "stress" in our daily life such as, "Arghh, I'm stress!" and "He's obviously under a lot of stress". But, do we really know what is "stress"? 
Okay, "stress" is a state of mental or emotional strain or tension resulting from adverse or very demanding circumstances. Dalam kata lain, "stress" tu berlaku bila kita berada dalam keadaan atau situasi yang sangat memberi tekanan sama ada tekanan terhadap mental, emosi atau perasaan. "Stress" boleh berlaku apabila kita sedih, penat, bermasalah, gembira dan sebagainya. Wait! Kalau kita gembira pun dikira sebagai "stress"? Yup, definitely! 
Bila cakap pasal stress nie, kita akan rasa stress bila macam macam nak kena selesaikan dalam masa yg dah ditentukan, right? Huh! Aku nie dah mula stress tau tak. Tunggu masa nak sawan buih je. =="
Start dari Isnin sampai Rabu, test berderet deret. Dengan quiz lagi, lab reports lagi. I'm going insane!! So, apa yg aku buat bila stress? Firstly, berdoa. Then, aku dengar lagu, melalak sorang sorang, gelak golek golek. Eh, gelak golek golek? hehehe. Bukan gelak tanpa sebab okay. Aku tengok video video lawak lah. Apa ke lagi yg aku boleh buat kalau nak gelak macam puaka. hahahaha. Nie aku nak share video yg maybe boleh kurangkan stress. So, enjoyyyyyyyy!!! 

video

Okay, tu dulu kot. Aku nak sambung study. Adios!!

With so much love, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :) -hugs-

Unbelievable

Assalamualaikum. Hai hai hai. How's life? :D
Okay, today I'm gonna share about the unbelievable situation that happened to me when I bought a pack of ice. Hahaha. Pasal ais pun aku nak share? Biarlah. hahaha. :D
Sebenarnya, brother yang jual ais tu cakap mata aku cantik. kahkahkah. (Riak pulak aku.) :D Dia kata mata aku cantik sebab pakai maskara. What?! Mascara?! I don't like to apply mascara la bro. Bila masa pulak lah aku pakai maskaranya? Kalau cakap cantik aku apply eyeliner takpe jugak, nie kata cantik aku apply maskara. Aku rasa bro tu tak tau kot beza mascara dengan eyeliner. So, nie aku nak share example images of mascara and eyeliner. 


Okay, nie contoh kalau pakai eyeliner.

Another example kalau apply eyeliner.

Nie pulak contoh eyeliner. Eyeliner ada dalam macam macam bentuk. Ada liquid, ada gel, ada yg pensil. So, terpulanglah nak apply yang mana kan.

Nie contoh gel eyeliner.

Yang nie kalau apply mascara. Mascara apply kat eyelashes bkn kat garisan mata tu.

This is example of mascara.

Another example of mascara.

Kalau apply mascara, eyelashes nampak macam panjang, lebat and so on. So, ada beza antara eyeliner dengan mascara.

P/s : Guys, nie beza antara mascara dengan eyeliner. Ada perbezaan antara apply eyeliner dengan mascara ye. Jangan tersilap pulak lepas nie. ;)
Okay, sampai sini dulu lah ye. Lain kali kalau ada benda aku nak share lagi aku update. Adios! :D

With so much love, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim -hugs-


Paranoid =="

Assalamualaikum. :)
Okay today I just wanna share and talk about "PARANOID". What is paranoid? Is it a bad or weird behaviour? What are the causes of this disorder? What are the symptoms? And can it be cured? 
First thing first, paranoid is exhibiting or characterised by extreme and irrational fear or distrust of others. People experiencing paranoia always believe that others are persecuting them and have delusional ideas about themselves as the central figures in scenarios that in reality have little relevance to them. In the other words, people with this disorder usually think that they might be harm, exploit or deceive by others. As we know, minor feeling of paranoia is common but severe paranoia may lead to anxiety, extreme fear and also affect the social life of a person. People with paranoia tend to have an excessive need to be self-sufficient and a strong sense of anatomy. They also lack trust in others. Those with this disorder need to have a high degree of control over people around them. They always rigid, critical of others and unable to collaborate. Besides, they have great difficulty accepting criticisms. Thus, it is bad not only for the subject but also the society. 
The causes of paranoia? The cause are likely due to social factors like how the person interact in the early development with family and friends. In my opinion, if there were family problems like divorced parents, problems in previous relationship and had been cheated by someone they loved, paranoia might occur. It's just my opinion but it seems relevant, right? For example, if a girl had been cheated by her boyfriend over and over again, she might become paranoid. This is because, she always thought that man just wanna toyed her feeling. Huh! What am I thinking? I talk about rubbish am I? Just forget it okay. 
Now, we'll discuss about the symptoms. People with paranoid disorder usually have these symptoms : -
  • Suspects, without sufficient basis, that others are exploiting, harming, or deceiving him or her
  • Is preoccupied with unjustified doubts about the loyalty or trustworthiness of friends or associates
  • Is reluctant to confide in others because of unwarranted fear that the information will be used maliciously against him or her
  • Reads hidden demeaning or threatening meanings into benign remarks or events
  • Persistently bears grudges (i.e., is unforgiving of insults, injuries, or slights)
  • Perceives attacks on his or her character or reputation that are not apparent to others, and is quick to react angrily or to counterattack
  • Has recurrent suspicions, without justification, regarding fidelity of spouse or sexual partner 
There is treatment for paranoid disorder but it will take a long period of time. Medicines also might help. Hmm, I think thats all for today. Hope our life will always be colourful and awesome. ^____^Y 


With so much love, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :) -hugs-


2.0.1.4. (^_^)Y

Assalamualaikum. Hai hai :)
Dah lama rasanya tak berblog. Setelah sekian lama baru aku ada kesempatan nak buat entri baru. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup oksigen dan masih diberi nikmat kesihatan. Hurmm, 2013 dah melabuhkan tirainya. Thousands of precious memories had been created in 2013. Bila fikir balik, macam macam memori yang dah tercipta. Memori yang aku tak akan lupa sampai bila bila dan sangat berharga. Tak mungkin dapat dibeli kat mana mana dan takkan mampu dibeli dengan apa apa jenis mata wang pun. Limited edition. hahaha :D
Memori yang menggembirakan, menyedihkan, memalukan dan semuanya terjadi dalam tahun yang sama. And that's normal. Memori memori tu yang mewarnai hidup aku. Tahun 2013 : aku dapat kenal dengan kawan kawan baru, my aunt got married, aku dapat plenty of gifts, aku dapat "heart attack" sebab someone bagitau yang dia sayang aku and yang paling awesome aku dengan roommate mencabar sesama sendiri untuk confess dekat crush masing masing. Sangat lah memalukan. *blushed*
Apa apa pun tahun 2013 banyak bagi pengalaman dan pengajaran untuk aku teruskan kehidupan aku. Semua yang berlaku sedikit sebanyak buat aku sedar yang setiap perkara  yang berlaku ada hikmahnya. 
So, tahun 2014 yang baru bermula nie harap dapat memberi aku nafas baru dan memori yang bermakna. Mungkin ada perkara yang lebih menarik bakal berlaku ada tahun 2014 nie. Who knows? hahaha :D
Okaylah, dah penat merepek. Lain kali kalau ada masa aku update lagi blog yang tak seberapa nie. 
Adios! :)

:: Here are some random photos. ::





















With so much love, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim :)