text goyang

Friend vs. Foe

Assalamualaikum. Hai hai hai. Apa khabar semua? Sihat? How's life? Good? hahaha. Tengok tu aku dah mula excited. 
Okay, hari nie aku nak melalut pasal KAWAN dan MUSUH. Hah, macam mana? Okay tak tajuk hari nie? Pape pun aku saja nak kongsi sikit pasal kawan kawan aku. Kawan kawan aku semua cun, comel, cantik, manis, molek, handsome, gagah, maskulin, macho, brilliant, genius, sopan santun, berbudi bahasa, semualah. Hahaha. Wahai kaum hawa dan adam yang kat luar sana, jangan jealous ea. Aku puji kawan kawan aku sebab that's the truth. And kawan kawan aku memang awesome awesome belaka. 
First of all, aku ramai kawan. Maklumlah, I'm a friendly person. Cewaaaaaaaaahhhhh!! Gurau, gurau. Aku sebenarnya memang suka berkawan. So, anyone? hahaha. Since tadika aku dah ada kawan. Korang pun mesti macam tu kan? Hah, yg special nya. Kawan kawan masa tadika dulu aku still contact dorang. Walaupun tak selalu, tapi aku tau perkembangan hidup dorang. Kenapa? Nak cakap aku stalker kan? Macam aku tak tau. Hahaha. :D
Well, kalau aku nak senaraikan nama kawan kawan aku since tadika sampai sekarang memang tak tersenarailah jawabnya. Ramai sangat. Tapi aku tak tau lah kalau dorang tak anggap aku kawan. That's special case. Just ignore it. Dalam banyak banyak tu mesti ada yg paling dekat di hati. Korang pun mesti macam tu kan? So, that's normal. Memang kita tak boleh nak memilih kawan mana yg kita sangat suka, kawan mana yg kita kurang suka tapi semua tu lumrah. Manusia memang suka menilai dan memilih. 
Okay, kawan kawan aku semua special. Hah, special macam mana? Dorang semua ada bermacam macam ragam. Ragam ragam tu yg buatkan hidup aku warna warni. Orang cakap kawan tu macam keluarga. Betul tak? Kalau kita susah, sedih, gembira dorang mesti ada dengan kita bila kita jauh dari family. Tapi excluded yg sanggup lupakan kawan.
Cakap pasal lupakan kawan, korang mesti ada at least sorang kawan yg dulu rapat gila tahap gaban tapi sekarang dah jadi a complete stranger. Betul tak? Semua tu normal. Kita manusia, bila bila masa je boleh berubah. Kita tak boleh nak salahkan "kawan" kita tu sepenuhnya. Mungkin kita sendiri yg berubah drastically. Kita tak sedar semua tu. So, just forgive her/him but don't forget. Semua tu boleh jadi pengajaran untuk kita. Mungkin lepas nie kita boleh perbaiki diri kita sendiri dan berhemah dalam berkawan.
Hurmm, now kita cakap pasal musuh. Ergggghh, tak best kan kalau ada musuh nie. Tapi musuh boleh jadi orang yg membakar semangat kita. Bukan setakat membakar hati, tapi membakar semangat. Kita jangan risau sangat kalau kita ada musuh. "Haters don't really hate you, but they hate themselves because you are the reflection of what they want to be". Just ignore them and keep calm. Cewaaaaahhh!! Dalam masa yg sama, kita kena tanya diri kita sendiri macam mana kita boleh ada musuh? Mungkinkah kita terlalu bongkak? Atau mungkinkah kita terlalu mementingkan diri sendiri? Sebelum menyalahkan orang lain, lebih baiklah kita selidik, selongkar diri kita sendiri. Semuanya kembali kepada diri sendiri.  Manusia tak lari dari melakukan kekhilafan. Kalau pun kita tak melakukan apa apa kesilapan sekarang, mungkin dulu kita pernah buat sesiapa sakit hati atau mungkin Allah nak uji hambaNya supaya bersabar. Who knows? Semuanya ada hikmah. Aku cakap macam nie pun sebab nak ingatkan diri aku sendiri jugak. Kadang kadang aku pun hilang punca bila situasi macam nie berlaku. So, semuanya bergantung atas diri sendiri. Aku tak boleh nak kata dia salah, kau salah, dorang salah sebab aku sendiri tak perfect. Apa apa pun aku minta maaf kalau ada yg tersentak dengan entri aku kali nie. :)
Huh!! Panjang berjela aku merepek. hahaha. Okaylah, sampai sini dulu kot. Lain kali aku merepek lagi ye. Take care. Adios!! (^__^)Y

Here lots of love from my friends ----------->














































p/s : Buang yang keruh, ambil yang jernih. Wei, aku RINDU gila tahap gaban kat koranglah. 

Yang penat perah kepala otak, 
Nurfatin Aina binti Nor Rahim 

No comments:

Post a Comment