text goyang

Pengertian Raya? (",)

Assalamualaikum :)
Hurm, apa cer dengan raya korang? Ada best? Awesome tak? Ke biasa-biasa je? Banyak dapat duit raya? hehehe. Gatal pulak tangan nak buat entri nie. Okaylah, aku nak tanya je, apa erti raya bagi korang? Adakah sebab nak main mercun je? Sebab nak dapat duit raya je? Sebab nak seronok-seronok? Apa? Apa? Aku nak tau jugak. huhuhu. 
In my opinion, raya sebenarnya bukan sebab untuk kita main mercun, kumpul duit raya, seronok-seronok je. Tapi, raya jugak dapat merapatkan hubungan silaturrahim. Am I right? Masa raya nie lah kita nak jumpa sudara mara yang dekat, yang jauh, jiran tetangga, adik-beradik. Minta ampun, minta maaf. Ambil tahu tentang kebajikan orang lain (but, bukan sampai sibuk nak jaga tepi kain orang lain. just ambil tahu. tak salahkan?). Sebab selalunya time raya nie lah kita nak spend time dengan orang lain. Kadang-kadang kita nie alpa dengan kehidupan kita. Tak pernah nak peduli pun tentang orang lain. Sihat ke minah, sihat ke Abu? Tak pernah pun kita nak ambil tahu. Yang kita tau hidup kita je yang perlu diutamakan. Orang lain tak penting. Hakikatnya, kita tak boleh nak hidup dalam dunia kita je. Kebajikan dan perasaan orang lain pun kita kena ambil peduli jugak. Bukan hanya tau nak jaga kebajikan dan perasaan sendiri sampaikan kita lupa tentang orang disekeliling kita. Who knows, satu hari nanti tiba-tiba kita kesusahan. Dengan siapa lagi kita nak minta tolong kalau bukan jiran tetangga, saudara mara, adik-beradik? Ya, memang kita wajib minta tolong Allah. Itu tidak dinafikan lagi. Tapi, kita juga wajib jaga hubungan sesama manusia. Aku cakap macam nie pun sebab nak ingatkan diri aku yang selalu lupa nie. Normallah kita nie, manusia selalu lupa, alpa dan leka. Itu memang fitrah kejadian manusia. Selalu lupa. So, lepas nie, tak semestinya raya je kita kena ambil tahu tentang orang lain. Tapi setiap masa jika kita ada kelapangan. 
Hurm, dah panjang lebar aku melalut nie. Nanti ada kelapangan aku update lagi. Jaga hubungan dengan Allah, jaga juga hubungan dengan manusia. Tak luak pun tenaga dan masa kita kalau setakat nak bertanya khabar, senyum dengan jiran dan minta maaf dengan segala khilaf kita kat orang lain. Apa-apa pun, aku minta maaf kalau ada tersinggung perasaan, terpukul hati, terobek jiwa raga. I'm so sorry. By the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin (tak lambat lagikan?hehe) 


With so much love and care,
Nurfatin Aina binti Nor Rahim -hugs-

No comments:

Post a Comment